PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Wednesday 24 July 2013

Bonus Raya Sebulan Gaji + Kupon Raya RM100

Bonus Raya Kakitangan Kerajaan Selangor 2013 : Bonus Sebulan Gaji! Bonus Akan Naik Lagi Jika..
 
Bonus Penjawat Awam Selangor

Bonus Raya Kerajaan Selangor 2013 : Nampaknya perang pembayaran bonus raya 2013 dimulakan terlebih dahulu oleh kerajaan Selangor apabila baru sahaja sebentar tadi, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bonus kakitangan kerajaan Selangor sempena Hari Raya 2013 kali ini.

Butiran Bonus Kerajaan Selangor Sempena Hari Raya 2013



  1. Nilai bonus raya kakitangan kerajaan Selangor : bonus sebulan gaji (setiap seorang) @ bonus sebulan setengah gaji sekiranya kerajaan Malaysia mengumumkan pembayaran bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam
  2. Jumlah pembayaran bonus raya 2013: RM30 juta
  3. Penerima bonus raya : 21,776 kakitangan kerajaan Selangor (samada tetap, kontrak dan sambilan)
  4. Pembayaran bonus raya : Selewat-lewatnya hujung bulan Julai 2013
 
Agak menarik. Apabila kerajaan Selangor merancang untuk menambah lagi bonus setengah bulan gaji jika kerajaan Malaysia di bawah Datuk Najib Razak memberikan bonus sebulan setengah gaji kepada kakitangan awam.

Nampaknya kerajaan Selangor dilihat mahu berlumba-lumba untuk menjadi penyumbang terbanyak bagi membantu meringankan tanggungan warga kerjanya bagi menghadapi persiapan Hari Raya kelak.
 
 

Bonus Raya Sebulan Gaji + Kupon Raya RM100

 
 
Bonus Raya Selangor 2013Pengumuman bonus raya kerajaan Selangor 2013 ini adalah merupakan lanjutan pemberian sejumlah RM2.8 juta bagi membantu 28,000 keluarga kurang berkemampuan sebanyak RM100 (kupon membeli belah) untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Pembayaran bonus raya kerajaan Selangor 2013 kali ini telah dinaikkan jumlahnya berbanding bonus raya 2012 iaitu sejumlah bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada semua kakitangan awam Selangor.

P/S : “Bola tanggung” (bonus raya 2013) telahpun dilambung tinggi oleh kerajaan Selangor, dan sekarang sama-sama kita nantikan bagaimana kerajaan Malaysia menyambutnya. Apa respon anda dengan pengumuman terbaru ini?

_sumber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers