PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 15 March 2013

Peristiwa sebelum Berlakunya Pembunuhan Di Lahad Datu!

Sniper Sulu

Lahad Datu: “Saya lihat wajah enam orang yang berkawal itu bengis dan berdiri tegak mengelilingi Raja Muda Agimuddin Kiram yang ketika itu berjubah putih dan merenung tajam melihat kami yang berunding dengan anak buahnya,” kata seorang penduduk Kampung Tanduo, di sini, yang turut serta bersama empat anggota polis daripada Unit Cawangan Khas ketika mengadakan rundingan dengan pengganas berkenaan, sebaik mereka tiba di kampungnya.

Lelaki berusia 48 tahun itu fasih berbahasa Suluk diajak empat anggota polis berkenaan membantu berunding dengan kumpulan pengganas terbabit bagi memujuk mereka pulang ke Filipina.

“Keadaan ketika itu sedikit tegang apabila mereka berkeras tak mahu berganjak dari kampung ini dan mendakwa ingin menuntut semula tanah yang dikatakan milik nenek moyang mereka.

“Saya hanya sempat mengikuti dua rundingan iaitu pada 13 dan 14 Februari lalu, namun menemui jalan buntu kerana kumpulan terbabit tetap berkeras enggan keluar dari kampung berkenaan,” katanya.

Agimuddin Kiram yang mendakwa Raja Muda Sulu dipercayai mengetuai ratusan pengganas menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu, adalah adik kepada Jamalul Kiram III, individu yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu.

“Saya ingat saya akan mati kerana pengganas mengacukan pisau pada leher saya,” kata Azmain Mahmood, 32, penduduk Kampung Tanjung Batu yang berjaya meloloskan diri daripada kumpulan pengganas terbabit.

Menurutnya, dalam kejadian jam 8 malam Ahad lalu, dia menonton televisyen apabila pintu rumahnya diketuk. Sebaik membuka pintu, dia terkejut mendapati sekumpulan lelaki bersenjata yang terus menyerbu masuk ke dalam rumahnya. “Mereka mengacu pisau pada leher saya sambil bertanya sama ada saya yang memberitahu kedudukan mereka kepada anggota keselamatan Malaysia.

“Saya yang sangat takut ketika itu terus menjawab ‘bukan saya, kamu salah orang’. Pengganas terbabit terus mengarahkan kami keluar ke kawasan lapang di luar rumah.

“Kumpulan pengganas berkenaan kemudian meminta pelbagai barang, termasuk makanan dan keperluan harian daripada penduduk kampung,” katanya ketika ditemui di Dewan Fajar Harapan, semalam.

Menurutnya, seorang daripada pengganas terbabit bertanya siapa boleh keluar membeli beras untuk mereka dan dia terus menawarkan diri untuk membantu.

“Saya sengaja menawarkan diri dan apabila dibenarkan keluar dari kampung, saya terus melarikan diri. “Ketika itu sekurang-kurangnya 50 pengganas menawan hampir 100 penduduk Kampung Tanjung Batu dan sebahagiannya dibawa ke Kampung Tanduo dengan berjalan sejauh tiga kilometer sebelum dibebaskan secara berperingkat-peringkat beberapa hari kemudian,” katanya.

Beliau berkata, semua penduduk yang dibebaskan kumpulan pengganas itu tidak dicederakan sepanjang berada di Kampung Tanduo.



-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers