PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday 5 November 2012

Kantoi !!!: Zul Noordin minta lebih daripada RM60,000 untuk kosongkan kerusi

KUALA LUMPUR 5 November: Ahli Biro Politik KEADILAN, Dr Syed Husin Ali berkata, Datuk Zulkifli Noordin meminta bayaran lebih tinggi berbanding RM60,000 bagi mengosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baharu untuk memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding.

Perkara itu dinyatakan beliau ketika menjawab soalan peguam, Hasnal Rezua yang mewakili Zulkifli pada perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi tadi.

Bekas Timbalan Presiden KEADILAN itu ditanya berhubung pendedahan beliau dalam kes samannya terhadap Zulkifli 25 Oktober lalu bahawa Zulkifli ada meminta bayaran RM60,000 bagi tujuan itu.

Peguamnya, Latheefa Koya berkata, jawapan Syed Hussin itu jelas membuktikan penipuan Zulkifli yang kononnya Syed Husin ada menawarkan tempat kepada Zulkifli.

“Jawapan Dr Syed jelas, dan kita nak bongkar kebenaran tentang penipuan Zulkifli. Walaupun pihak pembelaan cuba mengelirukan hakim sama ada jumlah RM60,000 itu betul atau tidak, jadi kita nyatakan ia lebih dari jumlah tersebut,” jelas Latheefa.

Turut mewakili Syed Hussin, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran.

Syed Husin pada 27 Januari lalu menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta, ganti rugi teladan, faedah, kos dan relif yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Tuntutan itu dibuat terhadap Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Aziz Ishak dan Zulkifli.

Dalam kenyataan tuntutannya, Syed Husin berkata, Utusan Melayu dan Abdul Aziz dengan niat jahat dalam akhbar Utusan bertarikh 20 November 2011 apabila menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadap beliau dalam berita bertajuk “Zul Noordin nafi dakwaan Syed Husin”.

Zulkifli juga menerbitkan perkara sama dalam blog beliau dengan tajuk “Anjing-anjing Pencen”.

Syed Husin turut memohon injunksi menghalang semua defendan daripada menerbitkan sebarang kata-kata bersifat fitnah tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38921
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers