PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 20 October 2012

Haram undi MCA?



Belek-belek berita tadi. Wah sudah pasti pakar-pakar ilmu fiqah PERKASA tidak lena tidur semalam. Di bawah limpah cahaya lampu, membelek  kitab-kitab turath atau mungkin buku akaun bank untuk menyemak baki, lalu memikirkan apa hukum yang sepatutnya.

Tugas ini tentu sekali tidak boleh disandang Ulamak Muda United Malay National Organization. Nama United Malay National Organization mestilah dijaga elok, kerja-kerja kotor hendaklah diserahkan kepada ‘macai-macai’ supaya najis mukhaffafah, mutawassitah atau mughallazah tidak terpalit pada jasad United Malay National Organization, lalu mengundang keliru barisan sendiri.

Nah hari ini tetaplah hati pakar-pakar fiqah itu. Tentu sekali selepas mendapat lampu hijau ‘abang besar’, PERKASA mengumkan fatwa, “Haram umat Islam undi MCA”.  Walaupun Habib mereka Syed Hassan Syed Ali mengatakan mereka telah pun berijtihad dan tentu sekali berjihad mahu memenangkan BN. Fatwa ini terpaksa juga dikeluarkan kerana MCA sudah melampau.

Tidak, MCA melampau bukan kerana menghina Islam, itu rutin biasa Chua Soi Lek dan propagandis-propagandis MCA. Menakut-nakutkan bukan Islam tentang betapa bahayanya Islam ini. Betapa jijiknya mereka yang cuba memelihara adab-adab agama mereka.

Barangkali bagi mereka itu lebih hina daripada terkantoi di hotel. Jadi kalau fatwa itu kerana marah, sudah tentu PERKASA telah lama dahulu berfatwa.

Tidak, cuma kali ini Soi Lek sudah melampau. Melampau kerana hujah yang diberikan teramat bodoh. Sumbernya pula SMS. Penghantarnya tidak dikenali. Chua Soi Lek kelihatan seperti mahu membuat persembahan komedi tanpa persediaan rapi. Tindakan Chua Soi Lek yang sungguh tidak bergaya ini akan memalitkan najis mughallazah kepada BN khususnya United Malay National Organization, yang sudah cukup derita terkesan dengan jenaka-jenaka tuan Presidennya. PERKASA perlu dilepaskan untuk memberi keseimbangan.

Ada ahli PERKASA kini tentu pening dalam kitaran ganas kekeliruan, mahu menangkan BN tetapi pada masa yang sama tolak MCA. Sedangkan MCA itu antara parti komponen terbesar BN. Dahulu dengar ceritanya, ada ahli PERKASA yang kerat dua kad keahlian kerana Ibrahim Ali tidak muncul di perhimpunan lawan Bersih 2.0. Kini ahli yang keliru boleh kerat apa sahaja yang mampu dikerat pada tubuh mereka.

Namun PERKASA tak perlu juga risau-risau, nanti dekat-dekat pilihan raya PERKASA boleh ubah fatwa itu. Alah, sedangkan Imam Syafi’i ada qaul qadim (pandangan lama) dan qaul jadid (pandangan baru), inikan pula PERKASA! – Roketkini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers