PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Tuesday 14 August 2012

Nasharuddin akan masuk UMNO lepas raya?

Ternyata gambar ini walaupun ‘simple’ tetapi ternyata ia mengandungi sejuta makna yang tersirat.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Nasaruddin Mat Isa hari ini dilihat bersama-sama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengadakan pertemuan dengan tokoh ulama terkenal di Arab Saudi iaitu Sheikh Dr Abdullah Hamad Jalaly, Mufti Masjidil Haram Makkah Sheikh Dr Sulaiman Al Salumi dan Ketua Hakim Mahkamah Makkah Dr Saleh Darwish.

Ketiga-tiga ulama itu mengunjungi Najib yang mengetuai delegasi Malaysia pada Sidang Kemuncak Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di kota suci Makkah mulai hari ini.

Mungkin adalah terlalu awal untuk mengaitkannya dengan ‘penghijrahan’ Nasaruddin ke dalam UMNO kerana yang pasti beliau masih seorang ahli Pas.

Tetapi berdasarkan ‘gerak tubuh’ Nasaruddin sebelum ini, adalah tidak mustahil beliau akan menyertai UMNO seperti mana khabar angin yang bertiup kencang sejak akhir-akhir ini.

Sama-sama kita tunggu....


-sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers