PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 10 January 2014

Nur Jazlan anak jantan BN

DI kala semua jari menuding ke arah kerajaan ekoran kemelut ekonomi negara yang semakin meruncing, bebanan hidup yang terus menekan rakyat, desakan demi desakan daripada pakatan pembangkang, muncul satu karakter yang layak digelar anak jantan.

Rakan seangkatan beliau seboleh-bolehnya mengelak menjawab persoalan ekonomi yang disifatkan membunuh namun, hari ini, pentas wacana Sinar Harian siri ke-25 yang mengangkat tajuk ‘Kejutan Ekonomi Selepas PRU13’ menjadi saksi apabila Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed tampil berdepan dengan masyarakat.

Keberanian beliau disifatkan sebagai anak jantan oleh moderator wacana kali ini, Dr Maszlee Malik.

“Satu kesukaran pihak penganjur nak cari orang daripada pihak kerajaan yang sanggup seperti Datuk (Nur Jazlan) untuk ‘digoreng’ di atas ini (pentas wacana) dengan moderator dan juga YB Rafizi serta tuan-tuan puan-puan semua.

“Tak ramai dari kem beliau yang sanggup untuk jadi seperti ini. Jadi kalau kata beliau tak layak dan sebagainya saya kurang setuju. Beliau ada di sini menunjukkan bahawa beliau anak jantan,” kata Dr Maszlee.

Dalam ramai-ramai ahli Parlimen, Adun, bahkan menteri, hanya beliau yang berani bersemuka dengan masyarakat setakat ini bagi menjawab segala persoalan yang terbuku dalam hati mereka.

Walaupun Nur Jazlan ‘digoreng’ garing oleh panelis dan penonton, namun beliau cuba menjawab sebaik mungkin.

Padahal, apa yang berlaku dalam ekonomi negara kita ini sepatutnya dijawab oleh pak menteri tapi bak kata Nur Jazlan, ‘terimalah padahnya’.

Apa yang menarik, di tengah-tengah penonton yang majoritinya panas dan bengang dengan partinya, beliau mendapat tepukan gemuruh apabila berani mengkritik partinya sendiri secara terbuka .

Orang kata menyokong atau membangkang itu jangan membuta tuli.

Oleh itu, Nur Jazlan sendiri akui, kerajaan sekarang memang tidak telus sehingga menyebabkan berlaku ketirisan dan pembaziran seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara.

“...Jadi, kerajaan kena telus. Masalah dengan kerajaan sekarang ini adalah kerajaan tak telus.

“Beritahu rakyat mengenai fakta. Beritahu apa yang akan naik tahun 2014, 2015, 2016 supaya rakyat boleh buat persediaan awal,” kata Nur Jazlan yang disahut tepukan dan sorakan daripada penonton.

Akhirnya, timbul persoalan yang boleh difikirkan bersama. Sampai bila karakter seperti Nur Jazlan bakal terus menjadi anak jantan buat kerajaan?

Bilakah pak menteri-pak menteri yang bertanggungjawab dalam isu ini bakal tampil ke depan menjawab dan mengkritik dengan berani jika benar ada kesilapan dalam sistem mereka?

Dalam menanti tindakan pembuat dasar yang paling efisien berdepan dengan kemelut ekonomi ini, rakyat bakal terus diselubungi awan gelap hari demi hari.

Bukan mereka tidak berusaha menambah pendapatan, malah ramai rakyat di negara ini yang membuat lebih daripada satu kerja demi menambah pendapatan keluarga.

Tapi mereka manusia biasa bukan mesin yang boleh beroperasi 24 jam. Jangan lupa, mesin pun ada tamat tempohnya.

Bebanan ini jika dilihat menekan bukan saja pada yang sudah berkeluarga, beranak-pinak, orang bujang juga turut tertekan.

Kos hidup yang semakin tinggi itu menyebabkan ramai dalam kalangan kita yang dilabel miskin bandar kerana selepas ditolak sana sini, baki gaji hanya tinggal RM200.

Memang terpaksa mengikat segala apa yang boleh diikat bagi memastikan RM200 itu cukup sehingga gaji yang seterusnya.

Nampaknya, menjelang 2020 ini rakyat perlu lebih kreatif dan inovatif memikirkan cara menambah pendapatan bagi mendepani siri kenaikan kos sara hidup.//(sinarharian)


Thursday 9 January 2014

Pengganas Sulu: Sejam berbalas tembakan

KOTA KINABALU - Pasukan Keselamatan Malaysia betul-betul mempunyai beberapa saat saja untuk respons terhadap sekumpulan pengganas Sulu, ketika bertembung dengan mereka di Kampung Tanduo, Lahad Datu bila satu tembakan meletus pada 1 Mac tahun lalu.

Superintenden Mancha Anak Laga dari Pasukan Operasi Am (GOF) Komando VAT69 memberitahu mahkamah tinggi, yang bersidang di Jabatan Penjara Sabah di sini bahawa pada kira-kira 10 pagi hari berkenaan, pasukannya bertembung sekumpulan antara 35 dan 40 orang, yang memakai pakaian celoreng dan menjerit pada mereka dalam Bahasa Malaysia, “Tiger! Berambus kau dari sini. Ini bumi kami!” dan kemudian mula menembak anggota pasukannya.

Ditanya Timbalan Pendakwa Raya Abdul Wahab Mohamed tentang jarak masa ketika penceroboh itu menjerit dan bila tembakan meletus, beliau berkata: “Kira-kira tiga hingga empat saat. Selepas mereka mula menembak berterusan, pasukan saya dan saya sendiri mencari perlindungan dan mula membalas tembakan ke arah mereka. Ia berlarutan kira-kira sejam.

“Semasa berbalas tembak, seorang daripada orang saya, Korporal Sabaruddin Daud terbunuh akibat beberapa kecederaan di kepala selepas ditembak penceroboh,” katanya.

Mancha adalah saksi ketiga pendakwa dalam perbicaraan 30 orang yang dituduh melakukan pelbagai kesalahan berkaitan aktiviti pengganas di Sabah tahun lalu.

 Menurutnya, beliau telah memberitahu komander taktikalnya, Datuk Abdul Rashid Harun tentang pertempuran itu dan kemalangan jiwa menerusi walkie-talkie.

Ditanya oleh Abdul Wahab sama ada beliau tahu maksud perkataan ‘tiger’, yang digunakan oleh penceroboh, Mancha berkata, ia merujuk kepada dirinya dan anggota pasukannya.

Terdahulu, seorang anggota polis bantuan di Felda Sahabat, Lahad Datu memberitahu mahkamah, beliau nampak sekumpulan lelaki memakai uniform celoreng di   Kampung Tanduo selepas keluar memancing pada pagi 12 Februari.

Mohd Ali Asmadi, 40, berkata, beliau menganggarkan terdapat lebih 100 orang.

“Saya yakin mereka bukan anggota Tentera Malaysia kerana saya belum pernah melihat askar Malaysia memakai uniform jenis itu,” katanya.//(SinarHarian)
 

Wednesday 8 January 2014

Ella Kini Sedia Berhijab

Hidup Lebih Tenang, Ella Kini Sedia Berhijab | Ratu Rock Malaysia, Ella mengakui sejak mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Azhar Ghazali, kehidupannya kini lebih banyak terluang dengan keluarga dan menurutnya beliau juga bersedia untuk berhijab.

Berkongsi mengenai alam rumah tangganya, Ella mengakui suaminya itu banyak menasihati serta mendidiknya ke arah kebaikan termasuklah cara pemakaian.

“Sejak berkahwin, rutin saya sudah berbeza di mana saya tidak mempunyai banyak masa terluang. Kehidupan saya kini hanya fokus untuk suami, keluarga, kerjaya dan juga amal jariah.

“Alhamdulillah, suami juga banyak membimbing saya. Dia tak nak saya seksi dan saya menghormati permintaannya. Dia juga menggalakkan saya ke arah memakai hijab dan secara peribadi, saya sudah bersedia pada bila-bila masa saja,” katanya.

Meskipun sering dihimpit soalan berhubung cahaya mata, Ella akui tidak tertekan.

“Tidak dinafikan sejak berkahwin, ramai yang bertanyakan tentang soal anak. Alhamdulillah, saya tidak tertekan dan saya anggap ia sebagai satu doa.

“InsyaAllah, saya masih mencuba dan jika tak ada itu maksudnya belum ada rezeki saya lagi untuk mempunyai anak,” katanya.

Malah Ella peranh juga terfikir untuk mengikut jejak rakan artis, Umie Aida dan Misha Omar yang mengambil anak angkat.

“Secara jujur, ada juga saya memasang niat untuk mengambil anak angkat apabila tengok rakan artis macam seronok saja ada anak angkat.

“Namun, perkara ini tak mudah kerana tanggungjawabnya sangat berat dan saya takut tak dapat laksanakan tanggungjawab andai saya mengambil anak angkat,” katanya.
- kezoom

Monday 6 January 2014

Tertekan bersuamikan lelaki gay

AYER KEROH - Hasrat seorang wanita mahu memilik sebuah keluarga bahagia berkecai apabila mendapati suaminya  lebih berminat dengan kaum sejenis.

Biarpun usia perkahwinan sudah menjangkaui empat tahun, namun sikap suaminya yang enggan berubah menyebabkan rumahtangga Marina (bukan nama sebenar), 30, berakhir di tengah jalan.

Lebih mengejutkan, wanita terbabit mengakui dia masih dara walaupun selama ini tinggal sebumbung dan tidur bersama suaminya.

Menurut Marina yang kini tinggal bersama keluarga di salah sebuah daerah di negeri ini, dia mula mengenali dan rapat dengan bekas suaminya yang dua tahun lebih tua daripadanya ketika bekerja di sebuah syarikat swasta di negeri ini.

Bagaimanapun, katanya, pada awalnya, dia menyedari lelaki berkenaan mempunyai sifat meragukan menerusi gerak-gerinya serta pergaulan sepanjang berkawan dengannya.

Malah, saudaranya juga ada memberitahu mengenai perangai lelaki berkenaan semasa sekolah dahulu yang sukakan rakan sejenis.

“Pada mulanya niat saya baik, mahu mengubah dirinya supaya menjadi seorang lelaki sejati biarpun tahu dia bersifat begitu.

"Kami mengikat pertunangan pada 2006 dan pernah hampir putus asa dan mahu putus tunang tapi tidak jadi. Sehinggalah kami berkahwin pada Mei 2007,” katanya.

Menceritakan sepanjang detik perkahwi-nannya, Marina berkata, dari kaca mata luar memang nampak rumahtangganya bahagia apatah lagi sikap bekas suami yang lembut tutur katanya dan pandai mengambil hati ahli keluarga lain. Tetapi perasaan saya Tuhan sahaja yang tahu, lebih-lebih lagi apabila kehendak serta tuntutan naluri seorang isteri tidak dapat dipenuhi.

“Dia romantik pun bila kami sambut hari jadi atau ulangtahun perkahwinan apabila suami belikan kek dan kami rai bersama. Kami hanya tidur umpama adik beradik, seolah-olah tiada apa yang berlaku. Cuma dia hanya akan mencium pipi saya setiap kali mahu keluar pergi kerja,” katanya.

Marina berkata, dia mula tertekan apabila dimarahi dan mula diugut akan diceraikan menyatakan keinginan untuk mendapatkan anak.

“Tambah menyakitkan hati saya apabila dia lebih rapat pada kawan lelaki sehingga saya tengok hubungan mereka luar biasa,” katanya.

Akibat tidak tahan dengan keadaan itu, katanya, dia terpaksa memohon agar suami melepaskan dirinya sehingga akhirnya mahkamah memutuskan penceraian itu pada Oktober 2011.

Menurutnya, dia sungguh menyesal dengan perkahwinannya itu tetapi apa yang mampu dilakukan kerana semua yang berlaku adalah suratan takdir.//(sinarharian)


Sunday 5 January 2014

Khabarnya Putera Sultan Sambut Hari Jadi ke-31 Jemput Penyanyi Superstar Mariah Carey Dengan Bayaran USD 1.5 Juta

Penyanyi Superstar, Mariah Carey, mendapat durian runtuh tahun baru apabila menerima bayaran USD 1.5 juta untuk membuat persembahan dalam satu majlis sempena hari jadi putera Sultan Brunei di sebuah hotel 5 bintang milik kerabat Sultan di Dorchester Hotel, London.  Mariah Carey telah menyanyikan 3 buah lagut hitnya termasuk Always Be My Baby, dan Auld Lang Syne. 
Seperti disalin dari dailymil.co.uk, Putera Sultan Brunei, Putera Azim menyambut hari jadinya yang ke-31 baru- baru ini di sebuah hotel 5 bintang milik syarikat pelaburan Brunei di London. 

Penyanyi itu bersama suami dan dua anak-anak mereka, beserta dengan ahli-ahli pengiringnya, diterbangkan dari Amerika Syarikat dengan jet peribadi, disediakan bilik penginapan mewah £5,000 satu malam di hotel yang berprestij yang dimiliki oleh Agensi Pelaburan Brunei.
Putera Azim memang dikenali dari kalangan bintang super mewah, Sambutan ulang tahun ke-30 beliau pada tahun 2012 telah dihadiri oleh orang-orang ternama seperti Elizabeth Jagger, Raquel Welch dan Pamela Anderson. [dailymil.co.uk]

-Kredit

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers