PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Saturday 20 October 2012

Haram undi MCA?



Belek-belek berita tadi. Wah sudah pasti pakar-pakar ilmu fiqah PERKASA tidak lena tidur semalam. Di bawah limpah cahaya lampu, membelek  kitab-kitab turath atau mungkin buku akaun bank untuk menyemak baki, lalu memikirkan apa hukum yang sepatutnya.

Tugas ini tentu sekali tidak boleh disandang Ulamak Muda United Malay National Organization. Nama United Malay National Organization mestilah dijaga elok, kerja-kerja kotor hendaklah diserahkan kepada ‘macai-macai’ supaya najis mukhaffafah, mutawassitah atau mughallazah tidak terpalit pada jasad United Malay National Organization, lalu mengundang keliru barisan sendiri.

Nah hari ini tetaplah hati pakar-pakar fiqah itu. Tentu sekali selepas mendapat lampu hijau ‘abang besar’, PERKASA mengumkan fatwa, “Haram umat Islam undi MCA”.  Walaupun Habib mereka Syed Hassan Syed Ali mengatakan mereka telah pun berijtihad dan tentu sekali berjihad mahu memenangkan BN. Fatwa ini terpaksa juga dikeluarkan kerana MCA sudah melampau.

Tidak, MCA melampau bukan kerana menghina Islam, itu rutin biasa Chua Soi Lek dan propagandis-propagandis MCA. Menakut-nakutkan bukan Islam tentang betapa bahayanya Islam ini. Betapa jijiknya mereka yang cuba memelihara adab-adab agama mereka.

Barangkali bagi mereka itu lebih hina daripada terkantoi di hotel. Jadi kalau fatwa itu kerana marah, sudah tentu PERKASA telah lama dahulu berfatwa.

Tidak, cuma kali ini Soi Lek sudah melampau. Melampau kerana hujah yang diberikan teramat bodoh. Sumbernya pula SMS. Penghantarnya tidak dikenali. Chua Soi Lek kelihatan seperti mahu membuat persembahan komedi tanpa persediaan rapi. Tindakan Chua Soi Lek yang sungguh tidak bergaya ini akan memalitkan najis mughallazah kepada BN khususnya United Malay National Organization, yang sudah cukup derita terkesan dengan jenaka-jenaka tuan Presidennya. PERKASA perlu dilepaskan untuk memberi keseimbangan.

Ada ahli PERKASA kini tentu pening dalam kitaran ganas kekeliruan, mahu menangkan BN tetapi pada masa yang sama tolak MCA. Sedangkan MCA itu antara parti komponen terbesar BN. Dahulu dengar ceritanya, ada ahli PERKASA yang kerat dua kad keahlian kerana Ibrahim Ali tidak muncul di perhimpunan lawan Bersih 2.0. Kini ahli yang keliru boleh kerat apa sahaja yang mampu dikerat pada tubuh mereka.

Namun PERKASA tak perlu juga risau-risau, nanti dekat-dekat pilihan raya PERKASA boleh ubah fatwa itu. Alah, sedangkan Imam Syafi’i ada qaul qadim (pandangan lama) dan qaul jadid (pandangan baru), inikan pula PERKASA! – Roketkini.com

Bekas Amah Menteri nyatakan dirinya ‘orang kecil, biar tuhan balas’




Baca artikel berkaitan di sini

"..nak cara baik boleh, nak cara keras pun boleh" Fuh!! Sedapnya bahasa MB nih!!

Macam ini ke perangai orang yg pegang title Dato Seri Diraja? rasanya lebih sesuai Kepala Gangster Diraja. Betul2 memalukan orang Pahang je..

Tolong buka mata la orang PAHANG!! Orang mcm ni ke yg diangkat sebagai pemimpin??

Friday 19 October 2012

GAGASAN NAJ1B – CETUS NEGARA DIKTATOR?

Oleh: LAHIRUL LATIGU

PELANCARAN Gagasan NAJ1B – Gagasan Negeri Aman Jaya 1Malaysia Baru dilihat bakal menyamai sistem pemerintahan kerajaan yang diktator, yang berkuasanya ialah NAJIB.

Perkara ini dilihat hampir menyamai ciri kepimpinan yang diktator apabila diperhati mengenai Kerajaan Perak yang dirampas secara zalim, pemerintahan Malaysia secara tidak berpatriotik dan sebagainya.
Persoalannya ini ialah, kenapa perlu NAJ1B atau tepatnya sebagai NAJIB.?

Melaksanakan undang-undang tanpa perundingan dengan pihak ramai – sebagai contoh sistem penguatkuasaan automatik AES, akta zalim ISA, dan beberapa akta lagi yang menyekat kebebasan bersuara rakyat.

Apatah lagi dengan slogan terbarunya ‘tiada tertinggal, tiada terpinggir’ mengetepikan slogan terdahulu ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’. Banyak slogan-slogan yang sedap didengar, tapi belum tentu slogan itu mempunyai aura yang mampu menarik ramai rakyat untuk memilihnya.

Dan biasanya, di mana-mana sebuah kerajaan diktator yang ‘menunggu masa untuk mati’ dia akan meracau seolah-olah nazak menunggu ketibaan malaikat maut.

Gadis dalam blog seks pertahan gambar dan video lucah

KUALA LUMPUR, 18 Okt — Sebelum ini, berita mengenai blog seks Sumptuous Erotica hanya memberi tumpuan kepada Alvin Tan Jye Yee, rakyat Malaysia  yang mendapat biasiswa Asean untuk belajar di Universiti Nanyang Singapura (NUS), kini kekasihnya Vivian Lee muncul untuk mempertahankan tindakan memasukkan gambar dan video lucah ke blog tersebut.

Posting tersebut telah pun dipadam oleh pasangan itu, meninggalkan hanya halaman diarkibkan dengan posting sebelumnya sejak dari bulan 20 September sehingga 15 Oktober, akan tetapi gambar-gambar dan video dari blog itu telah pun diedarkan oleh laman Gutter Uncencored.

Lee berasal dari Johor, merupakan graduan Universiti Multimedia Malaysia (MMU).

Saya tidak melihat menjadi satu kesalahan memasukkan gambar dan video aksi seks kami ke internet. Ia bertujuan untuk menunjukkan kepada dunia tentang kehebatan cinta kami. Saya tidak faham mengapa orang mahu memperbesarkan perkara ini. Ini urusan peribadi kami,” kata beliau dipetik dari The Star Online.

Dalam blog seks mereka, Lee dan Tan berkongsi gambar-gambar seks dan video yang menggambarkan pasangan tersebut di pelbagai aksi telanjang dan melakukan seks.

Imej-imej berbeza daripada potret artistik pasangan tersebut, untuk menutup kemaluan mereka.
“Pada kami, gambar di blog adalah kerja seni. Kami adalah orang yang berfikiran terbuka dan mahu kongsikan ini kepada dunia.

“Kami mahu mereka melihat betapa cantiknya ia,” katanya.

Tiga video dikongsi di blog Sumptuous Erotica termasuk apa yang diterangkan sebagai “video lucah pertama” mereka.

Menurut pasangan tersebut, video enam minit itu telah “dirakam dan disunting dalam masa sejam dan ditulis berdasarkan tema menarik.”

Lee tidak faham mengapa apabila orang-orang Barat melakukan perkara sebegini, ia tidak dilihat sebagai satu kesalahan.

“Orang Asia tidak seharusnya berfikiran konservatif dan perlu terbuka tentang kehidupan seks mereka,” katanya lagi.

Video pertama menggambarkan pasangan dalam situasi fantasi rogol, di mana Lee “diserang” di atas katilnya oleh penceroboh.

Satu lagi video yang diambil dari perspektif Tan, menunjukkan Lee melakukan seks oral ke atas pasangannya.

Video ketiga adalah pandangan orang ketiga selama lapan minit melihat pasangan tersebut melakukan “seks panas di Kuala Lumpur.”

“Sumptuous Erotica” juga menyiarkan beberapa soalan daripada pembaca mereka yang kebanyakkannya bertanya kepada Lee.

Apabila pembaca bertanya apa sebab mereka menerbitkan blog, pasangan itu menjawab, “Kerana kami percaya bahawa tiada apa-apa yang pada asasnya salah dengan seks.”

Lee dan Tan mendakwa mereka telah dirapati oleh syarikat-syarikat di Singapura untuk menyokong alat permainan seks dan pakaian dalam selepas episod tersebut.

“Ia dilakukan untuk tujuan komersil. Ia adalah untuk hiburan dan cinta.

“Apabila kami mulakan blog tersebut pada September, kami mempunyai jumlah pengikut yang kecil, kebanyakkannya orang-orang Barat.

“Akan tetapi selepas tiga minggu selepas lebih banyak video dan gambar dimasukkan, lebih ramai pengguna internet Singapura dan Malaysia mula tahu.

“Kurang dua hari blog tersebut jadi lebih dikenali selepas media Singapura mendedahkannya,” katanya lagi dipetik dari The Star Online.

 Walau bagaimanapun, jurucakap NUS telah mengesahkan semalam bahawa Tan akan disiasat oleh Lembaga Disiplin universiti (BOD).

Lee turut dimarahi oleh keluarganya sehingga menyebabkan blog tersebut terpaksa ditutup.//TMI

Thursday 18 October 2012

Slip Gaji CEO Tabung Haji, Bersedia untuk Terbeliak Biji Mata.

Bagi yang sudah lama mendeposit wang masing-masing untuk tujuan menunaikan haji ke tanah suci Makkah, pastinya kini berkira-kira menunggu simpanan masing-masing mencukupi di samping turut menyimpan wang bagi perbelanjaan di sana pula.

Yang bekerja makan gaji, ada yang mendeposit dengan cara memotong gaji bulanan, malah ada yang mengikat perut semata-mata tidak mahu menunggu lama terutamanya yang sudah berusia lewat 40-an.

Manakala yang berniaga kecil-kecilan dan bersawah terpaksa membanting tulang empat kerat setiap hari bagi mencukupkan wang simpanan sekurang-kurangnya RM11 ribu seorang.

Bagaimanapun, matlamat sebenar Tabung Haji dari hanya menguruskan jemaah haji setiap tahun kini nampaknya semakin lama semakin tersasar.

Buktinya, lihat penyata gaji bulan Disember 2011 untuk Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang hanya bertaraf kontrak, Ismee Ismail seperti yang tertera di atas.

Gaji pokok sahaja sudah berjumlah RM70 ribu manakala elaun lain seperti kenderaaan rasmi dan pemandu peribadi mencecah jumlah RM12 ribu menjadikan jumlah keseluruhannya hanya RM82 ribu sebulan sahaja!

Setelah ditolak semua caruman, gaji bersih yang diterima Ismee cuma RM54,155.25 sahaja sebulan!

Paling mengejutkan lagi apabila dilihat dari segi bonus sebanyak RM700 ribu sebulan yang pastinya menimbulkan persoalan bagaimana Tabung Haji mampu membayar sebanyak itu sedangkan setiap tahun rungutan mengenai kenaikan kadar sewa penginapan di Makkah tidak pernah surut?

Apakah agaknya perasaan penyimpan tabung haji apabila melihat sebegitu banyak wang yang sudah pasti datang dari titik peluh mereka dengan mudah digunakan untuk membayar kos bagi hanya seorang CEO bertaraf kontrak?

Justeru wajar buat Tabung Haji menjawab persoalan yang dikemukakan ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang mempersoalkan apakah mekanisme yang digunakan bagi menaikkan gaji CEO nya sehingga mencecah nilai sedemikian!

Kesemua persoalan tersebut menuntut jawapan sejujur mungkin bagi mengelakkan Tabung Haji dicop tidak lagi mempunyai kredibiliti menguruskan kewangan bagi orang Islam dan cuma sibuk memperkaya satu dua kerat kroni dan melabur wang pendeposit hingga rugi dan tidak mampu ditebus kembali.


Wednesday 17 October 2012

Amaran PPD kepada guru di Perak sempena lawatan Najib..?

Kalau murid tanya....cikgu yang kena...hahaha...

18 Okt nanti dijangka Najib akan ke Lumut...sudah pasti sekolah-sekolah sekitar Perak terutama yang dekat dengan Daerah Manjung akan dikerah paksa ke program tersebut..kemungkinan arahan pekeliling dari PPD akan dikeluarkan kepada semua pengetua sekolah yang terlibat...

Antara arahannya mungkin macam karikatur  kat atas tu...hehehehe...

Saksikan video yang memalukan RM di bawah ni... kah kah kah


Teliti video ini. Najib ditanya tentang contoh Najis Mughallazah selain dari anjing. 

 Najib tidak boleh memberikan jawapan contoh najis Mughallazah dan berpaling kepada Muhyiddin. , dan akhirnya rakan murid yang bertanya itu membantu Najib dengan memberikan cadangan iaitu Babi. Najib akhirnya angguk dengan cadangan itu.

Sumber: sini dan sini

(BONGKAR) Laporan Ketua Audit Negara 2011. Rugi Sekitar RM42.138 Bilion. Selamatkan Duit Rakyat & Negara!!

Laporan yang sentiasa ditunggu oleh rakyat malaysia dan kalangan ahli-ahli parlimen yang sentiasa “dahagakan” laporan yang dipanggil Laporan Ketua Audit Negara 2011. Baru sahaja dibentangkan di Parlimen, itupun selepas 2 minggu parlimen bersidang. Apa sebabnya?

Kata menteri, beliau mahu kalangan ahli parlimen menumpukan kepada perbahasan pembentangan Bajet 2013 terlebih dahulu.

Laporan Ketua Audit Negara 1 : Kos Projek Kuarters Untuk Kakitangan Yang Berkahwin RM3.21 bilion Tetapi Tidak Memuaskan


  • Semakan kami terhadap Laporan Ketua Audit Negara 2011 menunjukkan di sini kontrak untuk membina kuarters untuk kakitangan yang berkahwin menelan kos sebanyak RM3.21 bilion namun hasil projek berkenaan dinyatakan tidak memuaskan
  • Kos untuk 38 projek tersebut – melibatkan 9,455 unit kuarters dari jenis pangsapuri hingga banglo – pada asalnya dianggarkan menelan kos RM1.74 bilion namun meningkat 84 peratus kepada RM3.21 bilion.
  • Dalam banyak-banyak projek itu, hanya satu dijalankan dengan tender terbuka, yang selebihnya siapa dapat?
  • Termasuklah enam daripada projek ini terletak di Lembah Klang dan dianugerahkan kepada Syarikat USL (kerjasama di antara Syarikat Perumahan Negara Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera Sdn Bhd)
  • Sedangkan Laporan ketua Audit Negara 2011 ada mengatakan USL didapati “tidak berpengalaman” dan pegawai teknikal syarikat itu pula “kurang kompeten” untuk menyiapkan projek tersebut.
  • Erm….jahanam duit rakyat.
Kenapa tiada pengalaman pun boleh dapat? Mungkin mereka tiada pengalaman yang luar biaasa tetapi mungkin ada tangan “yang lur biasa” yang meluluskan”. Seterusnya…
 

Laporan Ketua Audit Negara 2 : Indah Water Rugi Hampir RM1 bilion


  • Syarikat pembentungan nasional, Indah Water Konsortium (IWK) mengalami kerugian terkumpul secara berterusan sehingga akhir tahun 2010 berjumlah RM888.1 juta
  • Antara sebab kerugian adalah disebabkan kes kecurian di loji olahan kumbahan melibatkan anggaran kerugian berjumlah RM25.40 juta, air kumbahan tidak dirawat mengikut standard ditetapkan, kerosakan struktur loji serta pelanggaran standard efluen melibatkan fi lesen berjumlah RM1.554 bilion
  • Yang menariknya walaupun IWK terus menerima subsidi kerajaan bagi membantu operasi syarikat, tetapi prestasi kewangan IWK masih lagi kurang memuaskan sehingga tidak mampu menjana keuntungan.
  • Setakat 31 Disember 2011, IWK hanya berjaya membangunkan sistem pembentungan negara ke satu tahap lebih baik selepas 17 tahun mengendalikannya. “Tahniah”
Owh…IWK dapat subsidi kerajan juga, ingatkan rakyat sahaja dapat. Sudah tiba dan ketikanya IWK juga perlu dikenakan rasionalisasi subsidi yang dikenakan kepada rakyat sekarang ini. OK. Laporan seterusnya…..
 

Laporan Ketua Audit Negara 3 : Keuntungan Syarikat GLC Menurun 13.4%


Dalam bahasa mudahnya apabila pendapatan syarikat-syarikat GLC ini menurun, automatiknya pendapatan negara juga bakal terjejas juga.
  • Hanya 23 syarikat yang memperolehi keuntungan sebelum cukai daripada 47 syarikat GLC yang ada. Itu pun daripada 23 syarikat tersebut, hanya 10 syarikat yang membayar dividen kepada Kerajaan.
  • Jikalau disemak semula prestasi keseluruhan keuntungan syarikat GLC menurun sebanyak 13.4% iaitu berjumlah RM39.788 Bilion.

Laporan Ketua Audit Negara 4 : Lain-lain


  1. Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) ditubuhkan pada 26 Julai 2004 dengan modal berbayar RM300 juta yang mana sekarang ini diletakkan di bawah Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB) dengan pegangan ekuiti 100%. Hakikatnya, Rekodnya prestasi kewangan RapidKL kurang memuaskan di mana syarikat telah mengalami kerugian pada tahun 2008 dan 2010 walaupun mencatatkan keuntungan pada tahun 2009. Setakat 31 Disember 2010, kerugian terkumpul RapidKL berjumlah RM293.82 juta.
  2. PNS Francais Sdn. Bhd. (PNSF) yang ditubuhkan pada 2 Ogos 2001 telah menukar namanya kepada Malaysia International Franchise Sdn. Bhd. (MyFranchise) pada 18 Jun 2007. MyFranchise adalah syarikat subsidiari milik penuh Perbadanan Nasional Berhad dengan modal dibenarkan berjumlah RM50 juta dan modal berbayar berjumlah RM27 juta. Objektif penubuhan syarikat adalah sebagai alat untuk meningkatkan keuntungan dengan melabur dalam perniagaan francais di luar negara dan dalam negara untuk mewujudkan pendapatan dan meningkatkan keuntungan syarikat. Pengauditan yang dijalankan mendapati prestasi kewangan syarikat bagi tempoh tahun kewangan 2008 hingga 2010 mencatatkan kerugian berturut-turut bagi 3 tahun tersebut. Nasihat kami, syarikat yang mengalami kerugian seperti ini tidak patut diteruskan andai tidak mendapat trasnformasi sewajarnya. Kerugian RM 16 juta.
  3. Kementerian Pertahanan (Kementerian) telah menyediakan kemudahan Rumah Keluarga Anggota Tentera (RKAT) meliputi 4 perkhidmatan iaitu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Darat Malaysia (TD) dan Angkatan Bersama (Markas ATM) dengan melaksanakan 38 projek RKAT dengan kos asal RM1.740 bilion. Sehingga bulan Disember 2011, sebanyak 46,880 unit RKAT pelbagai kelas telah dibina untuk keempat-empat perkhidmatan tersebut. Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengatakan kurang memuaskan. Antaranya disebabkan peningkatan kos projek RM174.43 juta (15.5%) kepada RM1.3 bilion berbanding kos kontrak asal berjumlah RM1.12 bilion. Kerugian minima RM 174.43 juta.
  4. Hospital Information System (HIS) telah dibangunkan pada bulan Mac 2002 (Fasa 1) secara reka dan bina (turnkey) meliputi 13 hospital dengan kos berjumlah RM588.11 juta. Pelaksanaan Fasa 2 pula hanya melibatkan penyenggaraan sistem bagi 12 hospital dengan kontrak bernilai RM334.02 juta. Antara sebabnya Laporan Ketua Audit Negara 2011 mengatakan projek ini tidak memuaskan kerana terdapat beza RM 15 juta antara kroni dan bukan kroni. Ditambah pula dengan lebihan bayaran RM540 000, kemudian tipu selenggara RM 1 juta dengan anggaran tipu selenggaraan sebanyak 72.5 kali ganda. Rugi minima RM 30 juta.
  5. Projek Jambatan Sultan Yahya Petra, Kelantan dianugerahkan kepada Konsortium I.S Resourcers Sdn. Bhd. – RIS Capital Sdn. Bhd. secara rundingan terus dalam tempoh 30 bulan iaitu dari 18 Jun 2007 hingga 17 Disember 2009 dengan kos asal RM143 juta. Bagaimanapun, projek ini telah diserah hak kepada Aneka Prestij Sdn. Bhd. pada bulan Mac 2010 untuk menyiapkan baki pembinaan yang gagal disiapkan setelah mendapat persetujuan daripada JKR. Sehingga 31 Disember 2011, kemajuan kerja di tapak adalah 76.5%. Nilai kontrak semasa dijangka akan meningkat kepada RM177.76 juta iaitu peningkatan sejumlah RM34.76 juta (24.3%) berbanding kontrak asal yang bernilai RM143 juta. Peningkatan nilai kontrak ini juga mengambil kira Arahan Perubahan Kerja berjumlah RM20.61 juta yang masih belum diluluskan. Nampaknya, sekali lagi duit rakyat tidak diurus dengan baik angkara Rundingan terus menjadi faktor utama kroni yang tidak berpengalaman dilantik meski terpaksa menggadai kualiti. Itulah punca kos meningkat, projek lewat dan sebagainya. Projek yang sepatutnya siap pada Disember 2009, namun hari ini Oktober 2012, rakyat Kelantan masih belum dapat menggunakan jambatan tersebut. Rugi RM 34.76 juta.
Senang-senang sahaja dileburkan duit negara & rakyat. Rugi juta sana, rugi juta sini. Rugi bilion sana, rugi bilion sini. Jikalau diuruskan dengan baik kewangan negara, berapa ramai rakyat Malaysia yang mendapat manfaatnya?

Semakan secara kasarnya, kami dapati jumlah kerugian yang sekitar RM42.138 bilion berdasarkan rujukan kami terhadap laporan ketua audit negara 2011.


Laporan Ketua Audit Negara 2011 ini sebenarnya bukanlah perincian SEMUA jabatan, unit dan sebagainya. Sedangkan, laporan yang ada sekarang ini hanya mengambil sampel jabatan, unit dan sebagainya untuk diaudit. Hakikat yang sebenarnya? Wallahualam.



-berita semasa

Tuesday 16 October 2012

HOT!!! : Gambar Siti Nurhaliza seksi ala "Hawaii" bersama lelaki Arab tersebar.

Ini ja kalo hangpa carik kat google, gambar Siti Nurhaliza seksi...Kalau gambaq camni kira tahap biasa ja la kan Dato Siti??? Pasal dia pi show pun macam ni,dia pi function pun macam nih jugak...

Ini pun kira tahap seksi sopan lagi berbanding setengah-setengan artis yang dok ada bersepah kat Malaysia baik penyanyi,pelakon ataupun extra-extra dalam filem mahupun drama...

Tak berapa pasti macamana gambaq nih dapat dikeluarkan dari simpanan Dato Siti...memang seksi habis yang tak pernah lagi kita tengok.... seirus beb!!!
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
o
Tu dia depa kata Dato Siti pakai "hawaii"
tak seksi lagi ka...




-kredit

Monday 15 October 2012

Hans Isaac peluk Islam kerana Neelofa?

Aktor dan produser Hans Isaac mengakui hubungannya dengan pelakon Neelofa adalah serius tetapi mengambil pendekatan untuk tidak mendedahkan kisah tersebut kerana berasa serik dengan kegagalan hubungan cintanya sebelum ini.

Pemilik nama sebenar Gerald Hans Isaac, 41, ini berkata, sudah tiba masanya dia menyimpan sebahagian kisah peribadi untuk dirinya sendiri kerana dia sudah banyak berkongsi perkara peribadi dan kisah cinta sepanjang 20 tahun bergelar anak seni.

Hans berkata, atas dasar itu dia lebih selesa untuk tidak bercerita lebih lanjut mengenai hubungannya dengan aktres muda itu demi kebaikan semua pihak.

“Saya tidak nafikan kami memang berkawan secara serius pada waktu ini. Cuma, saya tidak mahu bercerita lanjut mengenai sejauh mana perkembangan hubungan kami kerana ia terlalu peribadi buat saya.

“Cukuplah, saya sudah serik untuk berkongsi kisah peribadi kerana selama 20 tahun bergelar artis, terlalu banyak saya berkongsi cerita hubungan cinta dengan kekasih-kekasih terdahulu tetapi akhirnya saya juga yang dipertikaikan itu dan ini,” katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini.

Ditanya reaksinya berhubung gosip yang mengatakan dia pergi bercuti dengan kekasihnya itu ke Koh Samui, Thailand, secara rahsia pada hujung bulan lalu, Hans berkata, dia enggan mengambil pusing mengenai perkara itu kerana sudah terbiasa dengan permainan dunia hiburan.

“Tiada apa yang hendak saya katakan mengenai gosip itu. Biarlah kerana saya sudah lalui macam-macam gosip sebelum ini.

“Hakikatnya, saya pergi ke Koh Samui bersama sepupu dan rakan-rakan. Kalau pun saya hendak pergi bercuti dengan dia, tentulah kami akan pergi secara berkumpulan dan bukan berduaan sahaja.

“Saya bukan bodoh dan tidak peka dengan sensitiviti agama dan budaya,” hurainya.

Mengenai hasrat mendiang ibunya, Carmina Anciano Isaac, 74, yang tidak sempat ditunaikan untuk melihat dia berkahwin, Hans berkata, soal berumah tangga bukan perkara remeh yang boleh diambil mudah dan ia memerlukan persiapan dan keputusan yang tepat.

“Memang saya terkilan mengenai perkara itu tetapi saya tidak boleh tergesa-gesa dan gelojoh mengenai persiapan perkahwinan.

“Dalam hal ini, saya perlu bersikap memilih dan sepenuh hati kerana saya hanya mahu berkahwin sekali sahaja dalam seumur hidup.

“Sama ada saya mempunyai perancangan ke arah itu dengan Neelofa atau sebaliknya, biarlah saya simpan dahulu,” luahnya.

Terbaru, usahawan filem ini sedang sibuk dengan proses pasca produksi dua filem terbitan syarikatnya iaitu Lemak Kampung Santan dan sebuah judul yang masih lagi dirahsiakan


-lantak hangpa la

ANWAR YAKIN 'ANGIN PERUBAHAN' DI SABAH

YAKIN......Anwar yakin Pakatan Rakyat dapat menawan Parlimen Silam kerana ledakan gelombang rakyat mula membadai. Turut kelihatan di sebelah Anwar ialah Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim.

Oleh : GARY LOUIS SUPI

KETUA UMUM PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perubahan politik akan berlaku di Sabah dalam pilihan raya umum yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Katanya, beliau yakin dengan 'angin perubahan' tersebut apabila melihat sambutan menggalakkan daripada rakyat Sabah dalam kunjungannya ke beberapa kampung di Pensiangan, Tenom, Lahad Datu dan Tawau.
“Di Pensiangan semalam, saya melihat seorang ibu datang sambil menggendong anak. Dia datang kerana soal tanah, maruah, harga diri dan ini tidak boleh diberi dengan zink.

"Saya boleh lihat pada mata mereka dan juga kesungguhan mereka. Oleh itu saya yakin perubahan akan berlaku,” katanya ketika berucap dalam program Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sabah di Beringgis kelmarin.

Dalam ucapannya itu, Anwar antara lainnya membangkitkan mengenai janji Pakatan untuk menurunkan harga minyak dan harga kereta sekiranya berjaya menawan Putrajaya.

Katanya, ramai yang beranggapan bahawa perubahan yang dianjurkan Pakatan itu hanya terhenti setakat di negeri Johor sahaja semasa semasa pilihan raya umum 2008.

Tetapi apa yang bakal berlaku adalah yang di sebaliknya – perubahan yang berlaku di Sabah akan melanda Johor dan lain-lain negeri di Semenanjung Malaysia, kata Anwar lagi.

Katanya, usaha yang dijalankan oleh dua orang bekas MP BN – Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Datuk Seri Lajim Ukin – memangkinkan perubahan itu.

"Penghargaan khusus ditujukan kepada Datuk Lajim dan Datuk Wilfred kerana membantu sebagai pemangkin. Tetapi yang membuat keputusan adalah rakyat.

"Ini bukan soal peralihan kuasa biasa, tetapi kita nak tukar sistem sedia ada. Kita mahu hentikan penyelewengan kuasa," tambahnya.

Beliau juga mengingatkan pemimpin Pakatan Rakyat supaya membetulkan sistem pengurusan di Sabah apabila menang kelak, dan tidak lagi mengikut cara lama BN.

"Sabah adalah negeri yang kaya tetapi rakyatnya adalah miskin. Ini disebabkan pengurusan yang tidak betul. Sebab kekayaan tak diagihkan. Ini yang kita mahu betulkan.

"Kita bukan nak menang kerana nak tunjukkan keaiban orang lain, tetapi kerana kita yakin kita boleh laksanakan program," tegas Anwar yang turut mengakui sedih melihat keadaan rakyat miskin di Lahad Datu.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah barisan pemimpin Angkatan Perubahan Sabah – ketua PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini, bekas senator BN Maijol Mahap, bekas Ketua Bahagian Umno Tanjung Aru Datuk Yahya Lampong dan tokoh korporat negeri itu, Datuk Dr Richard Gunting./~sabahkini.net

Lagi tokoh korporat Sabah, pemimpin BN keluar BN

LAHAD DATU 14 Okt: Semakin ramai tokoh korporat dan pemimpin BN di Sabah mengisytihar keluar BN yang menyata sokongan terhadap perjuangan Pakatan Rakyat.

Terbaru, Tokoh koporat Sabah, Datuk Dr Richard Sakian Gunting mengisytihar keluar BN dan menyertai Angkatan Perubahan Sabah (APS).

Selain Richard, empat pemimpin BN termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) turut sama meninggalkan parti pemerintah itu dengan membawa ribuan penyokong dan ahli Umno dan PBS.

Kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Sabah, Dr Roland Chia Ming Shen, pengumuman dibuat depan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disaksikan ribuan rakyat di Jalan Assam, Lahad Datu.

Richard dari keturunan Murut itu pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di Lembaga Koko Malaysia, Universiti Malaysia Sabah (UMS), Institut Pembangunan Sabah dan Ahli Majlis Perbandaran Nabawan.
Beliau kini Pengurus Besar Koperasi Pembangunan Desa, sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Bekas Adun Lahad Datu, Mohamadin Ketapi, juga bekas Ketua PBS Bahagian Silam dan pembantu Menteri Luar Bandar Sabah, Mohamadin Ketapi, juga keluar BN.

Turut sama, bekas Pengerusi Tetap Umno Bahagian Silam, Datu Halun Datu Abdul Karim; Ketua Umno Cawangan Sri Dewi Lahad Datu, Onga Langadai dan bekas Ketua PBS Tunku, Bolongan Panasi.

- keadilandaily.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers