MALANG
sungguh kisah rakyat Malaysia yang pergi bercuti ke luar negara
menggunakan penerbangan tambang murah Air Asia tetapi terpaksa balik
menggunakan penerbangan MAS. Jika sebelum ini melibatkan kejadian di
Vietnam, kali ini di Indonesia pulak.
Bezanya adalah kali ini membabitkan jenazah penumpang yang meninggal dunia semasa bercuti di sana.
Allahyarhamah
Fatimah Sudin, 72, meninggal dunia di Hospital Jogjakarta Indonesia
(JIH) setelah diserang angin ahmar dan pendarahan otak ketika melancong
bersama rakan-rakannya di Jogjakarta, Indonesia.
Anak
Allahyarhamah, Azlina Ramli, 46, berkata ibunya Fatimah Sudin, 72,
mengalami pening dan muntah selepas makan malam pada hari Ahad lepas dan
dibawa oleh rakannya ke JIH untuk rawatan.
“Kawan
emak hubungi doktor di sana, doktor sahkan emak alami strok dan
pendarahan dalam otak, selepas itu kawan emak menghubungi saya untuk
memberitahu keadaannya,” katanya.
Beliau
berkata ibunya disahkan meninggal dunia semalam kira-kira pukul 1.55
petang dan pihaknya menghadapi sedikit masalah logistik dalam urusan
membawa pulang jenazah ibunya.
“Urusan membawa keluar jenazah sepatutnya dilakukan semalam tetapi tergendala kerana masalah logistik,” katanya.
Jenazah dibawa pulang dengan penerbangan MAS dan tiba di Malaysia Selasa malam.
Allahyarhamah
dilaporkan ke Jogjakarta menaiki penerbangan tambang murah Air Asia,
bagaimanapun syarikat tersebut enggan membawa pulang jenazahnya dengan
alasan ‘tidak mempunyai lesen’ untuk berbuat demikian.
Kelewatan
berlaku kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke
KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi
penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat
mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.
Sementara
itu, Jurucakap MAS berkata penerbangan menerusi anak syarikatnya,
MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) menyediakan perkhidmatan membawa pulang
jenazah tanpa mengira waktu dan masa.
Jurucakap
syarikat berkenaan, Muhamad Zahid memberitahu, secara asasnya waktu
perkhidmatan berkenaan, termasuklah penghantaran kargo lain beroperasi
sehingga pukul 12 tengah malam.
Bagaimanapun, katanya, MASkargo sentiasa bersiap sedia sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan selepas waktu berkenaan.
“Perkara
ini meliputi juga penghantaran atau membawa pulang jenazah dari luar
negara. Secara asasnya, perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa dan
apabila diperlukan,” katanya. (Agenda)
Betul le tu..tk kan le airasia nk bw balik jenazah/mayat!tk kan nk dudukkan jenazah tu kot..klu meninggal d johor nk kebumi d ipoh, adakah sesuai bawa dgn bas ekspress? Keretapi sinaran pagi@malam..ia mesti la dgn pengangkutan khas..
ReplyDeleteWalaupun ia tambang murah tetapi bukan bermakna Air Asia boleh membawa apa saja penumpang kerana ia tertakluk kepada peraturan.
ReplyDeleteNi ada lah satu teknik utk menghapuskan air asia secara pengecut...
ReplyDeleteKakak saya meninggal dunia di manila, philippines pd tahun 2011. Kami mengurus utk membawa jenazahnya ke kota kinabalu, sabah. The first airlines we approached was air asia and they rejected our request.
ReplyDeleteThen we went to MAS. They too denied us.
In the end it was Royal Brunei Airlines who accepted our request. Being a non-muslim we were so greatful and indebted with royal brunei, an aircraft owned by muslims who understands more of what we went through that time.
There you go. Make your own conclusions.
Ini kali lah....
off white nike
ReplyDeletenike air force
kyrie 6
yeezy boost 350
michael kors outlet online
yeezys
michael kors bags
louboutin outlet
michael kors uk
kyrie 4 shoes
this pagetry this web-site Sourcewhy not try here Check This Outblog
ReplyDelete