Khabarnya Putera Sultan Sambut Hari Jadi ke-31 Jemput Penyanyi Superstar Mariah Carey Dengan Bayaran USD 1.5 Juta
Penyanyi
Superstar, Mariah Carey, mendapat durian runtuh tahun baru apabila
menerima bayaran USD 1.5 juta untuk membuat persembahan dalam satu
majlis sempena hari jadi putera Sultan Brunei di sebuah hotel 5 bintang
milik kerabat Sultan di Dorchester Hotel, London. Mariah Carey telah
menyanyikan 3 buah lagut hitnya termasuk Always Be My Baby, dan Auld
Lang Syne.
Seperti disalin dari dailymil.co.uk,
Putera Sultan Brunei, Putera Azim menyambut hari jadinya yang ke-31
baru- baru ini di sebuah hotel 5 bintang milik syarikat pelaburan Brunei
di London.
Penyanyi
itu bersama suami dan dua anak-anak mereka, beserta dengan ahli-ahli
pengiringnya, diterbangkan dari Amerika Syarikat dengan jet peribadi, disediakan bilik penginapan mewah £5,000 satu malam di
hotel yang berprestij yang dimiliki oleh Agensi Pelaburan Brunei.
Putera
Azim memang dikenali dari kalangan bintang super mewah, Sambutan ulang tahun ke-30
beliau pada tahun 2012 telah dihadiri oleh orang-orang ternama seperti Elizabeth
Jagger, Raquel Welch dan Pamela Anderson. [dailymil.co.uk]
-Kredit
No comments:
Post a Comment
BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ