PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Friday 31 May 2013

Harga Kereta Turun Julai Ini?


Mekanisme turun harga kereta

Setakat ini harga kereta diketahui tinggi. Harga terendah Honda City, umpamanya adalah RM83,219.50, Toyota Vios model 1300cc berharga RM72,417.50.

Bagi kereta buatan Malaysia seperti Proton dan Perodua pula, harga yang ditawarkan adalah RM24,924.30 bagi model Perodua Viva 660cc.

Untuk Proton pula, harga terendah yang ditawarkan adalah model Saga FLX 1300cc iaitu RM35,333.65.

Harga ditawarkan ini sukar untuk dimiliki oleh keluarga berpendapatan rendah, terutama yang kos saraan hidup yang tinggi seperti mempunyai pendapatan kurang dari pada RM1500 sebulan.

Golongan muda juga antara yang terbeban akibat harga kenderaan yang tinggi kerana belum ada pendapatan stabil dan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN).



Sebelum PRU13, BN dan PR berjanji hendak turunkan harga kereta. Namun mekanisme yang mana antara BN dan PR yang lebih efektif?

SUSULAN manifesto BN dan PR yang menjanjikan penurunan harga kereta, pelbagai spekulasi dibuat selepas berakhirnya PRU13.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, usaha menurunkan harga kereta bukan sesuatu yang susah kerana kerajaan hanya perlu menghapuskan cukai eksais.

Katanya, langkah yang dibuat kerajaan sekarang menekan pembuat dan penjual kereta.

PR, katanya, menawarkan cara sesuai, iaitu dengan menghapuskan cukai eksais.

Sebagai contoh, bagi kereta Perodua Myvi, cukai kereta yang dikenakan adalah 85 peratus iaitu 75 peratus cukai eksais dan 10 peratus cukai jualan.

Ini bermaksud, jumlah cukai yang dikutip kerajaan bagi sebuah kereta Perodua Myvi adalah RM21,140 dari harga yang dikenakan kepada pengguna, iaitu RM46,000.

Tanpa cukai eksais, ia akan kurangkan harga kereta kerana cukai yang dikenakan adalah hampir sama dengan harga kereta.

Sementara Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed pula berkata, kerajaan akan mengurangkan harga kereta secara berperingkat-peringkat sehingga 2017.

Sejak Oktober tahun lalu, harga 10 model kereta popular di negara ini telah menurun 7.3 peratus purata.

Beliau berkata, pengurangan harga itu adalah hasil proses pasaran yang mana terdapat peningkatan kecekapan dan persaingan di kalangan pemain industri automotif.

Menurutnya, usaha pengurangan harga kereta haruslah dilaksanakan secara berhemah dan tersusun supaya tidak menjejaskan pertumbuhan industri dan peluang pekerjaan.

Kerajaan juga berbincang dengan syarikat-syarikat pembuat kereta dan satu Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas atau FTA bakal dilaksanakan serta faedah-faedah akan diperkenal kepada pengguna.

Soalannya, bilakah proses penurunan ini akan bermula?

Apakah pada Jun atau Julai depan atau pada Januari 2014?

Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) menggesa kerajaan umumkan mekanisme penurunan harga kereta dalam masa terdekat.

Presidennya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, struktur cadangan masih samar-samar.

Menurutnya, kelewatan pihak berwajib mengumumkan mekanisme menurunkan harga kereta telah memberi impak kepada pasaran automotif yang kini mengalami penyusutan disebabkan pembeli  tunggu dan lihat.

Namun, sekiranya dinilai secara rasional, pelaksanaan penurunan harga kereta ini, dapat dilaksanakan, ianya mampu untuk mengurangkan beban kepada rakyat berpendapatan rendah dan sederhana, terutama di kawasan bandar. - Sinar Harian

6 comments:

  1. Kat malaysia ni usah mimpi le kereta nk turun hargA..kroni2 ni utamakan keuntungan berganda..klu jd turun pun kualiti kereta mesti mcm gampang..dh byk bukti..lihat dulu wira 1.5 auto harga 58K sikit punya cantik dalamannya tp skrg ni harga 49K tp dalaman mcm kereta mainan..

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt sgt...

    ReplyDelete
  3. Setuju... the best car mlysia adalah proton wira... kualiti ok...yg lain mcm hampeh, ttp pintu pom bunyi kosong jew... nasib2..

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers