Friday 24 May 2013

AIRASIA ENGGAN MEMBAWA JENAZAH

MALANG sungguh kisah rakyat Malaysia yang pergi bercuti ke luar negara menggunakan penerbangan tambang murah Air Asia tetapi terpaksa balik menggunakan penerbangan MAS. Jika sebelum ini melibatkan kejadian di Vietnam, kali ini di Indonesia pulak.




Bezanya adalah kali ini membabitkan jenazah penumpang yang meninggal dunia semasa bercuti di sana.


Allahyarhamah Fatimah Sudin, 72, meninggal dunia di Hospital Jogjakarta Indonesia (JIH) setelah diserang angin ahmar dan pendarahan otak ketika melancong bersama rakan-rakannya di Jogjakarta, Indonesia.



Anak Allahyarhamah, Azlina Ramli, 46, berkata ibunya Fatimah Sudin, 72, mengalami pening dan muntah selepas makan malam pada hari Ahad lepas dan dibawa oleh rakannya ke JIH untuk rawatan.



“Kawan emak hubungi doktor di sana, doktor sahkan emak alami strok dan pendarahan dalam otak, selepas itu kawan emak menghubungi saya untuk memberitahu keadaannya,” katanya.



Beliau berkata ibunya disahkan meninggal dunia semalam kira-kira pukul 1.55 petang dan pihaknya menghadapi sedikit masalah logistik dalam urusan membawa pulang jenazah ibunya.



“Urusan membawa keluar jenazah sepatutnya dilakukan semalam tetapi tergendala kerana masalah logistik,” katanya.



Jenazah dibawa pulang dengan penerbangan MAS dan tiba di Malaysia Selasa malam.



Allahyarhamah dilaporkan ke Jogjakarta menaiki penerbangan tambang murah Air Asia, bagaimanapun syarikat tersebut enggan membawa pulang jenazahnya dengan alasan ‘tidak mempunyai lesen’ untuk berbuat demikian.



Kelewatan berlaku kerana MAS tidak mempunyai penerbangan terus Jogjakarta ke KLIA, pihaknya terpaksa menguruskan penghantaran jenazah menerusi penerbangan Garuda ke Jakarta terlebih dahulu sebelum MAS dapat mengendalikan urusan tersebut sehingga selesai.



Sementara itu, Jurucakap MAS berkata penerbangan menerusi anak syarikatnya, MASkargo Sdn. Bhd. (MASkargo) menyediakan perkhidmatan membawa pulang jenazah tanpa mengira waktu dan masa.



Jurucakap syarikat berkenaan, Muhamad Zahid memberitahu, secara asasnya waktu perkhidmatan berkenaan, termasuklah penghantaran kargo lain beroperasi sehingga pukul 12 tengah malam.



Bagaimanapun, katanya, MASkargo sentiasa bersiap sedia sekiranya perkhidmatan mereka diperlukan selepas waktu berkenaan.



“Perkara ini meliputi juga penghantaran atau membawa pulang jenazah dari luar negara. Secara asasnya, perkhidmatan ini disediakan sepanjang masa dan apabila diperlukan,” katanya. (Agenda)

6 comments:

  1. Betul le tu..tk kan le airasia nk bw balik jenazah/mayat!tk kan nk dudukkan jenazah tu kot..klu meninggal d johor nk kebumi d ipoh, adakah sesuai bawa dgn bas ekspress? Keretapi sinaran pagi@malam..ia mesti la dgn pengangkutan khas..

    ReplyDelete
  2. Walaupun ia tambang murah tetapi bukan bermakna Air Asia boleh membawa apa saja penumpang kerana ia tertakluk kepada peraturan.

    ReplyDelete
  3. Ni ada lah satu teknik utk menghapuskan air asia secara pengecut...

    ReplyDelete
  4. Kakak saya meninggal dunia di manila, philippines pd tahun 2011. Kami mengurus utk membawa jenazahnya ke kota kinabalu, sabah. The first airlines we approached was air asia and they rejected our request.

    Then we went to MAS. They too denied us.

    In the end it was Royal Brunei Airlines who accepted our request. Being a non-muslim we were so greatful and indebted with royal brunei, an aircraft owned by muslims who understands more of what we went through that time.

    There you go. Make your own conclusions.

    Ini kali lah....

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ