PERHATIAN!: KEPADA BLOGGER YG INGIN BERTUKAR LINK, SILA TINGGALKAN JEJAK DI RUANG KOMEN.. TQ

.

Monday 15 April 2013

Video Lucah : Saya hampir jadi mangsa - Aishah

KOTA BHARU: Penyanyi Aishah (gambar) atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin mendakwa beliau hampir menjadi mangsa perbuatan jahat musuh politik PAS apabila rumahnya ditebuk atapnya untuk dipasang kamera.

Namun nasib menyebelahinya dengan cara ia disedari lebih awal apabila atas rumahnya bocor apabila ditimpa hujan.

Ekoran itu, beliau menyedari bumbung bahagian bilik tidurnya dikorek dipercayai untuk memasang kamera CCTV.

“Syukur alhamdulillah, Allah memelihara kita, Allah sentiasa bersama kita, begitu juga dalam kes Datuk Mustapha Ali, insyaallah, Allah akan memberi petunjuknya nanti,”ujar Aishah.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian penyebaran video tidak bermoral Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, yang kini menjadi bulan hangat di seluruh negara semalam.

Sebelum itu beliau menyampaikan ceramah di Dun Tawang, Bachok dekat sini bersama Adunnya, Ustaz Hassan Mahmod.

Bagi Aishah, sesiapa sahaja yang berada bersama PAS termasuk Pakatan Rakyat akan menjadi mangsa politik kotor pihak lawan sebagai modal akhir untuk mempertahankan hayat.

Artis yang juga calon PAS Jempol Negeri Sembilan itu berkata, ianya dijangka ‘bom’ hayat untuk menyelamatkan parti pemerintah sebelum ini untuk berhadapan dengan pihak lawan yang semakin mendapat sokongan rakyat.

Tambahnya, sedangkan tindakan begitu juga akan menjadi senjata ‘makan diri’ kerana akhirnya akan terpalit terkena diri.

Beliau yakin rakyat tidak akan menelan fitnah itu mentah-mentah kerana mereka telah sedar dan cerdik untuk terus bermimpi dengan permainan fitnah.

Jelasnya, mentaliti rakyat Malaysia bukan lagi di zaman dunia ketiga, mereka sekarang berpendidikan tinggi, paling besar pendidikan agama.

“Pihak lawan tidak perlu buat sesuatu perkara yang cukup jijik sekiranya sedar mereka adalah sebuah parti yang baik serta mampu membela rakyat.

“Tidak perlu takut, sebaiknya dedahkan apa yang ingin kita buat dan kejayaannya juga, bukan berterusan menekan pihak lawan dengan fitnah yang mengaibkan, kerana keaiban itu akan menikam diri kita juga,”ujarnya.

Dun Tawang adalah tempatnya yang terakhir untuk menyampaikan ceramah sebelum pulang menumpukan perhatian di Parlimen Jempol.

Sepanjang seharian beliau berada di Kota Bharu, Aishah turut mendapat sokongan dan doa restu dari rakyat di negeri itu apabila bertemu dengannya untuk membeli belah di Bazar Buluh Kubu.(harakahdaily)

9 comments:

  1. Dalam bilek air seorang saja apa nak jadi fitnah. Ni dalam bilek hotel dengan yang bukan muhrim dan tiada ikatan perkahwinan.

    ReplyDelete
  2. woiii anon yg yg bangang...lu singkat otak la. Aurat wanita juga satu fitnah dan mengaibkan...apa ke bodoh punya komen. Kalau aurat mak lu atau bini lu atau sesape je di pamerkan di khalayak ramai, lu x rasa apa2 ke..atau lu spesis lembu?.

    ReplyDelete
  3. Hendak cari publicity murahan.
    Buat malu orang-orang PAS sahaja.
    Berapa ramai perjuangan PAS yang asli dan sudah berpuluh tahun berjuang dibawah PAS. Senang-senang engkau menjadi calon PRU13.

    Kemanakah menghilangnya veteran PAS dan memberi laluan mudah kepada manusia artis yang baru menjadi AHLI PAS.

    ReplyDelete
  4. Trend muka-muka baru dan baru menjadi ahli PAS.

    Adakah mereka setia dengan perjuangan PAS.
    Adakah mereka dilatih untuk melompat ke UMNO jika UMNO sesak nafas.

    Fikir-fikir la....?

    ReplyDelete
  5. Fikir pm yg suka k pop gangnam style n bini joget
    hindustan lagi bagus.kalo dah bapak mcm tuh.agaknya
    apa yg akan jd kat rakyat malaysia.tak yah fikir mender x tau lagi.
    Yg jelas disaksikan jutaan terhegeh2 rai salam ngn pmpuan pkai
    nampak spender n joget hindustan laga pipi ngn jantan tuh patut
    difikirkan anone 08:29 oii.

    ReplyDelete
  6. Kepada ahli PAS lama. Anda sudah tidak relevan. kalau ceramah setakat nak maki orang, marahkan jiran sebelah bila anda pasang speaker luar rumah kuat2 kena tegur. Apasal aku nak sokong orang yang bodoh sombong macam ni. Mana budaya ilmu yang dibawa. Apa idealism yang dibawa. Kalau ramai macam Rafizi lebih bagus.

    ReplyDelete
  7. Tak baik tau maki orang nyah,i sedih tau,jangan nyah kang menggigil i terkam u nyah,aaw tak relanya.

    ReplyDelete
  8. Semua bodoh di permainkan oleh dunia politik. Awat hampa semua ada mslh ke nk melakukan rukun islam dan rukun iman???????? Selama hampa duduk kt mesia ni.

    ReplyDelete

BERADABLAH KETIKA MENGOMEN... TQ

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers